Sunday, 26 February 2017

Patutlah rumah Bumiputera di Johor ‘cepat’ habis

Tags

Enam suspek lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah dan penyelewengan membabitkan tanah di negeri ini dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah berstatuskan Bumiputera kepada bukan Bumiputera.


Menurut sumber SPRM, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak 2013 membabitkan beberapa pemaju di Johor secara langsung menyebabkan mereka yang layak mendapatkan rumah Bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah.

 “Apabila rumah berstatuskan Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera harga sesebuah rumah akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal. “Ini sekali gus apabila penukaran status itu dilakukan ia menguntungkan pemaju dan mereka yang terbabit dalam aktiviti itu, tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri,” katanya di sini, hari ini.
Sumber berkata, modus operandi pemaju menukar status itu adalah dengan menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang disediakan untuk pembeli Bumiputera daripada senarai dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status Bumiputera.

Difahamkan, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar status rumah itu dengan alasan ia tidak berjaya dijual, sedangkan apabila ditanya pembeli, pemaju memberi alasan rumah berstatuskan Bumiputera sudah habis dijual.
Katanya, menerusi maklumat yang dikumpul setakat ini, pemaju akan dikenakan denda pada kadar tertentu yang sepatutnya dimasukkan ke dalam satu tabung khusus yang diwujudkan untuk digunakan bagi tujuan membiayai kemudahan di kawasan perumahan.


Bagaimanapun, hanya sebahagian dari keseluruhan jumlah itu dimasukkan ke dalam tabung berkenaan, manakala bakinya disyaki diseleweng. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kewujudan penipuan dalam penukaran status Bumiputera kepada bukan Bumiputera itu.
Beliau berkata, SPRM masih dalam proses menyiasat pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen yang boleh membantu mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan terbabit.

 “Saya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap berhubung siasatan kes ini,”€ katanya.

Sumber: HMetro

This Is The Newest Post
Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon