Monday, 10 October 2016

'Walaupun Kau Berduit, Kau Takkan Mampu Beli Kepercayaan Isteri Yang Telah Kau Khianati'

Tags

Dalam perhubungan ia memerlukan satu pengorbanan dan juga satu sikap yang baik untuk mengekalkan hubungan bersama-sama. Satu artikel yang diterbitkan kembali oleh seorang sahabat dimana berkongsi satu ucapan ringkas untuk lelaki di luar sana.
Bermulanya...

Guys, jadilah lelaki sejati. Kalau sudah beristeri, janganlah berlagak kau single macam abang ni dan tolonglah sedar diri. Mata itu jangan nakal, perangai tu cuba matang sikit. Janganlah hati kau punya isteri. Nanti abang ngorat, tahu pula kau mengamuk dan meroyan bagai. Sayang juga kau pada isteri. Hihihi!

Jangan biarkan perasaan cemburu kau menguasai diri. Kenal kawan-kawan isteri, tunang atau girlfriend kau personally. Kenal hati budi. Bukan apa, abang tka nak kau jatuh syak atau berprasangka buruk di belakang hari. Kau sebagai suami, tunang atau boyfriend, kau lebih kenal pasangan kau totally. Apa yang kau nak sangsi lagi atau sebenarnya kau yang... faham-faham sendiri.

Tolong off bluetooth, jangan nak searching saja di belakang isteri. Tolong on WhatsApp (no need to private), biar nampak kau punya last seen. Mengerti? Zaman sekarang ini, macam-macam boleh terjadi.

Abang lelaki, abang tahu batas-batas berkawan dengan orang punya isteri, tunang atau girlfriend. So don't worry, abang bukan jenis suka ambil bekas atau hak orang ini. Ramai lagi anak dara di luar duk tunggu. Ingat market abang tak tinggi?

Pada yang sudah bergelar ayah, jagalah anak anugerah dari Allah itu seperti kau menjaga nyawa kau sendiri. Jangan kau serahkan tugas 100% pada isteri. Tahu kau sibuk mencari rezeki, abang faham sebab abang pun sama spesis dengan kau, lelaki. Tetapi sesekali tak salah kan kau ambil atau gantikan tempat isteri untuk melayan anak-anak hasil ciptaan kau sendiri sebagai lelaki dan suami. Jangan tahu nak sedap saja sebab abang pun tak dapat-dapat lagi.

Jadi, tolonglah bro. Tolong hargai mereka. Ingat, walaupun kau ada banyak duit, ada kereta mewah, pangkat besar, percayalah kau tak akan mampu ganti atau beli kepercayaan dan kasih sayang yang sudah kau khianati.

P/S : Semoga ia memberi kesan buat anda semua.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon