Sunday, 16 October 2016

Gambar Lindsay Lohan Berhijab Yang Sangat Cantik

Tags

Artis dari Hollywood, Lindsay Lohan sering terpaling dengan kontroversi panas sekali lagi muncul dengan memuat naik gambar sedang memakai hijab.

Menerusi Instagramnya, Lindsay Lohan dilihat mengenakan maxi dress dan tudung corak bunga-bunga disamping seorang wanita ketika berkunjung di sebuah kem pelarian di Gaziantep, Turki.

Bersama gambar yang dimuat naik itu, Lohan membuat kapsyen berbunyi, “Saya bertemu seorang pekerja bantuan (Azize) di Kem Pelarian di Antep.

"Apabila saya memuji kecantikan tudung yang dipakainya, dia melambai ke arah saya dan mengatakan ‘Mari ikut saya’.

"Saya pun pergi ke arahnya dan dia menghadiahkan tudung ini kepada saya.

"Saya amat terharu dan tersentuh dengan hadiah ini maka saya memakainya sebagai tanda penghargaan atas sikap murah hati dan kasih sayang yang saya terima daripada semua orang di kem tersebut. Terima kasih.”

Terdahulu, Lindsay Lohan pernah mengejutkan peminatnya apabila dilihat memeluk senaskah Al-Quran malah pernah memuat naik ayat Al-Qur'an di Instagramnya.

Pelakon wanita yang pernah membintangi filem I Know Who Killed Me dan Mean Girls itu mengakui sedang membaca kitab suci tanpa menyembunyikan apa-apa.

Malah menerusi kata-kata Lohan kepada sebuah laman antarabangsa, dia akui sedang mengenali Islam kerana rasa ingin tahu dan bersikap terbuka untuk mendalami kepercayaan lain.

“Saya seorang yang kuat beragama bagi seorang penganut Katolik, namun terbuka untuk mendalami kepercayaan lain,” katanya.

P/S : Semoga Lindsay Lohan dapat memeluk islam.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon