Sunday, 4 September 2016

Virus Zika : Mangsa Pertama Di Malaysia Dari Sabah

Malaysia kini dikejutkan satu virus baru yang mudah dijangkiti. Terbaru seorang lelaki berusia 61 tahun disahkan dijangkiti Virus Zika tempatan pertama negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa mula demam sejak 27 Ogos dan hanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Luyang selepas tiga hari kemudian. "Mangsa kemudian mengalami demam yang teruk, sakit otot dan diarrhea pada Rabu lalu sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan lanjut. "Ujian makmal yang dijalankan ke atas darah dan air kencing mangsa menunjukkannya positif Zika," katanya. Menurut Datuk Dr Noor Hisham, mangsa tidak ke luar negara seperti yang berlaku ke atas mangsa virus Zika di Klang sebelum ini.
P/S : Doakan baik-baik pada orang menghidapi penyakit ini. Semoga dipermudahkan

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon