Tuesday, 6 September 2016

Video Pegawai Polis Hentam Orang Awam

Tags

Video berdurasi 0.21 saat ini yang dirakam oleh orang awam, apabila lelaki ini disyaki penagih dadah, ditangkap dan digari oleh dua lelaki pegawai polis telah viral di media sosial.

Bagaimanapun, Mukhtar Isma'ail tampil menjelaskan cerita mengenai kejadian malang yang menimpa guru berkenaan.
"Dalam perjalanan pulang, guru ini telah ditahan. Guru ini telah memberitahu kepada dua anggota terbabit bahawa dia baru balik dari memberi tuisyen kepada murid UPSR di sekolahnya. Namun, polis tidak mempercayai dia dan menyangka dia penagih dadah. Guru ini dicederakan dan digari sebelum dibawa ke balai. "Di balai, guru ini telah menghubungi Guru Besarnya. Guru Besar datang ke balai dan memperaku bahawa guru berkenaan adalah guru yang mengajar di bawah seliaannya," kata Mukhtar.
Menurut Mukhtar, ekoran dari kejadian itu, mangsa dikatakan cedera dan patah tangan telah dibawa ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan. Mangsa diberi cuti selama tiga minggu.

Bagaimanapun sehingga kini, masih belum ada pihak berkuasa yang tampil mengesahkan dakwaan ini Mukhtar Isma'ail tersebut.

P/S : Sama-sama kita tunggu.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon