Sunday, 4 September 2016

Ustaz Tolong Bimbing Saya- Uqasha Senrose Menangis Baca Mesej Da'i Wan

Tags

Pada minggu lalu hangat diperkatakan apabila seorang artis tanah air kita yang sudah 3 tahun berhijab tiba-tiba membuka mulut untuk tidak bertudung lagi. Nitezin ramai yang tidak berpuas hati akan pilihan yang dibuat dan juga seorang Da'i Wan telah menegur dengan menyampaikan satu mesej yang kini viral di laman sosial.
“Respon Uqasha”

2 malam lepas, kami berhubung through what’s app.

Dia beritahu, yang dia menangis saat kali pertama baca coretan saya itu, dia kata:
“Saya minta jasa baik ustaz, doakan saya dan keluarga saya”

Yang paling bermakna, yang buat saya tahu dakwah saya sampai ke satu tahap yang orang lain belum tentu lagi boleh buat, ialah bila:

Dia buat permintaan, ‘Ustaz bimbing saya’.

Waktu ini, saya dapat rasakan sesuatu dari kata-kata dia, dia betul2 maksudkannya, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia menginginkan bimbingan sebenarnya dari kita, Allahul musta’an. Saya bagitahu saya tak mampu seorang diri, namun saya akan bawakan ustazah-ustazah dan selebriti muslimah mungkin boleh bersama-sama dengannya dalam masa kedepan.

Malam ini, tiada lagi kisah langit dan syurga.

Sedang berpijak pada bumi yang nyata, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, untuk hadir keruangan komen dia, dan kita berikan sokongan dan doa yang tidak putus-putus pada dia.

Saya minta kita lakukannya. Selebihnya biarlah urusan pilihan dia dengan Allah swt. Kita bantu setakat yang mampu.

“Pahala yang tercipta dari usaha baik kita akan kekal tercatat dalam buku amal malaikat Roqib dan ‘Atid, namun dosa macam mana punya teruk pun, kita ada Allah swt yang ‘Maha memberi keampunan’ yang akan arahkan mereka untuk hapuskannya bila sekali kita datang sujudkan dahi atau menadah tangan untuk Dia.”

Saya akan cuba bantu dengan sedaya saya dibelakang tabir, berserta dari barisan asatizah dan selebriti muslimah yang lain yang sudi hulurkan bantuan sama, kita nak dia bersama dengan kita tanpa satu paksaan. Dari kerelaan hati nurani sendiri. Namun ini semua takkan menjadi, tanpa bantuan dan sokongan kalian.

SUMBER DA'I WAN

P/S : Semoga uqasha menarik balik apa yang dikeluarkan. Hidup ini punya pilihan, pilih lah yang terbaik sementara masih hidup.

Show comments
Hide comments

1 comments so far


EmoticonEmoticon