Thursday, 8 September 2016

Lelaki Gali Lubang Untuk Tanam Pokok Terjumpa Satu Botol Misteri Yang Amat Menyeramkan

Tags

Siapa yang tidak takut kalau terjumpa sesuatu yang misteri berada di halaman rumah sendiri kan. Satu botol misteri siap dengan gambar, kain dan nota di dalamnya yang di tanam dihalaman rumah. Tengah sibuk-sibuk gali lubang nak tanam pokok tiba-tiba terjumpa benda tu. Memang seramlah kan!

Ketika sedang menggali lubang untuk menanam pokok dihalaman rumah,Valjean Luc Picard telah menemui satu bekas kaca yang mengandungi nota berserta cebisan kain dan juga sekeping gambar yakni gambar bekas pemilik tanah ketika dia kecil. Tak tahu apa yang perlu dilakukan dengan barang-barang tersebut, Valjean memutuskan untuk menghubungi bekas pemilik tanah tersebut. Menurut bekas pemilik tanah itu, mungkin ada pihak yang berniat jahat terhadap mereka dan dia meminta supaya Valjean membakar barang-barang tersebut.
P/S : Seram pulak nengok.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon