Sunday, 4 September 2016

Isteri Bertarung Nyawa Melahirkan Anak Tapi Suami Balas Dengan Meniduri Wanita Lain

Tags

Hati siapa yang tidak luluh apabila seorang suami berlaku curang ketika isteri sedang bertarung nyawa untuk melahirkan cahaya mata yang pertama.

Hancur Hati, Saya Bertarung Nyawa, Tapi Akhirnya Saya Dapat Tahu Rupanya Suami Saya.....'

Usia perkahwinan saya baru 2 tahun dan saya baru dikurniakan seorang baby boy berusia sebulan. Dalam sibuk saya berpantang, suami saya main kayu 3 dengan perempuan lain.

Betapa hancur luluh hati saya. Saya tahu dah lama diorang berhubung. Suami salahkan saya tak jaga makan minum dia sebab dia curang. Kami pjj. Dia di Melaka dan saya di Kuala Lumpur.
Dia salahkan saya sebab tak selalu mesej.

Kami berjumpa hujung minggu je. Semasa pantang, saya sibuk uruskan anak seorang diri. Dia boleh salahkan saya sebab tak selalu mesej dia sedangkan nak makan pon saya tak sempat sebab uruskan anak.
Dia tak hargai langsung 20jam saya bertarung nyawa nak bagi dia zuriat, sakit perut kena belah sampai sekarang masih terasa bisa. Kantoi mesej pon sebab saya terbaca mesej di hp dia. Sekarang saya dalam dilema nak maafkan dia atau tak memandangkan anak masih kecik.

P/S: Dasar lelaki tak bertanggungjawab.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon