Sunday, 11 September 2016

Gambar Model Wanita Mempunyai Janggut Terpanjang Di Dunia

Tags

Mungkin orang ingat model mempunyai kecantikan tetapi agak aneh apabila wanita mempunyai janggut ataupun misai persis seorang lelaki mampu menjadi seorang model wanita. Namun, tidak bagi Harnaam Kaur seorang model wanita yang memiliki janggut sepanjang 15 sentimeter sekaligus dinobat sebagai wanita berjanggut terpanjang di dunia sehingga mencatat buku rekod Guinness World Records.

Gadis berusia 24 tahun ini tidak pernah malu dengan diri sendiri malah rasa berbangga apabila namanya tercatat dalam rekod dunia itu. Harnaam Kaur merupakan seorang yang sangat positif dan tidak pernah mengambil kata-kata ejekan serta persepsi negatif orang ramai sebagai punca yang boleh menjatuhkan dirinya.

Kaur menghidap sindrom ovari polisistik dimana simptom ini akan menyebabkan rambut serta bulu tumbuh di bahagian tubuh badannya yang menampakkan Kaur kelihatan seperti lelaki.
Walaupun Kaur tidak seperti wanita normal yang lain, dia merupakan model wanita berjanggut pertama yang tampil dalam pertunjukan minggu fesyen di London pada bulan Mac lalu.

P/S : Kelebihan pada wanita ini.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon