Wednesday, 21 September 2016

CCTV Rakam Lori Dipandu Laju Merempuh Seorang Kanak-Kanak Di Hadapan Sekolah

Tags

Satu video CCTV berjaya dirakam apabila sebuah lori telah merempuh salah seorang kanak-kanak yang ingin melintas jalan. Lori terbabit terlalu laju di kawasan persekolahan.
Berdasarkan rakaman CCTV yang dipasang di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Medan itu, mangsa, Mohammad Haikal Helme, yang dihantar oleh ibunya di seberang jalan berdepan dengan sekolah tersebut, dilihat cuba melintas jalan bersama beberapa murid yang lain.

Pengawal lalu lintas sekolah berkenaan juga dilihat mengarahkan kenderaan yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan bagi memberi laluan kepada murid-murid sekolah melintas jalan.

Bagaimanapun, pemandu lori terbabit yang membawa muatan ayam tidak memberhentikan kenderaan. Mangsa yang sudah berada di tengah jalan cuba melarikan diri dari dirempuh namun terlambat untuk berbuat demikian.
Menurut Mask Mark yang memuat naik video berkenaan di laman Facebook juga turut mendakwa, pemandu lori terbabit tidak memberhentikan kenderaan walaupun lampu isyarat menyala merah.

Akibat rempuhan itu, mangsa maut serta merta di tempat kejadian.
P/S : Kesian tengok kanak-kanak ini :'(..AL-FATIHAH

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon