Tuesday, 27 September 2016

Bayi 9 Bulan Ditinggalkan Seorang Diri, Pembantu Rumah Melarikan Diri

Tags

Sungguh tidak berhati perut pembantu rumah ini, seorang bayi lelaki yang baru berusia 9 bulan terkunci dalam rumah bersendirian selepas seorang pembantu rumah bertindak untuk melarikan diri.

Dalam kejadian yang berlaku di kediaman mangsa di Taman Putra, Bukit Baru Melaka, pembantu rumah telah melarikan diri meninggalkan mangsa seorang diri di rumah yang berkunci.

Pihak Bomba dan Penyelamat dan Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) telah dihubungi untuk memecahkan mangga dan pintu dapur bagi menyelamatkan bayi berkenaan.

Gambar yang viral di media sosial itu mencetuskan rasa geram netizen terhadap tindakan pembantu rumah yang tidak bertanggungjawab itu.

"Mujur bayi selamat dan tidak dilarikan. Jangan terlalu percaya dengan pembantu rumah," kata netizen.

P/S: Alhamdulillah nasib baik tak jadi apa-apa kat bayi ini.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon