Sunday, 11 September 2016

Atlet Masalah Pembelajaran Kejutkan Dunia Lakar Emas Olimpik

Tags

Kecacatan bukan menjadi satu masalah buat mereka untuk memenangi sesuatu. Usaha dan tekad untuk mencapai sasaran yang diidam menjadi satu kemenangan yang sangat bernilai buat atlet-atlet ini.

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Tiada siapa menjangkakan. Tiada siapa yang mengharapkan. Anda mengharumkan nama negara. Bukan sahaja emas. Rekod dunia turut dipecahkan. Terpahat sudah nama Malaysia di pentas olimpik. OKU juga yang berjaya mengukir pingat emas dipentas olimpik. Yang gagal dicapai sebelum ini.
Yang tidak mampu dijelmakan oleh insan biasa di Malaysia sebagaimana diharapkan. Ziyad dan Abdul Latif merupakan atlit dalam kategori Bermasalah Pembelajaran (F20) di mana autisme juga termasuk dalam kategori ini. Moga kejayaan ini akan membuka minda masyarakat bahawa OKU juga mampu menjelmakan kejayaan buat Malaysia. Dapat membuka mata ibubapa kepada anak-anak OKU bahawa anak-anak OKU mereka boleh dibimbing untuk menghasilkan sesuatu keajaiban. Jangan mereka dipinggirkan. OKU Boleh! Malaysia Boleh! #Andaluarbiasa

P/S : Mohon pihak berwajib memberi ganjaran yang setimpal apa yang dilakukan oleh mereka semua.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon