Sunday, 21 August 2016

Wanita 17 Bulan Hamil Masih Belum Bersalin

Tags

Susah untuk kita percaya namun itulah realiti dimana seorang wanita yang membawa kandungannya selama 17 bulan dan masih belum bersalin.Kebiasaan wanita yang mengandung akan melahirkan anak apabila usia kandungan matang 9 bulan namun tidak bagi seorang wanita yang berasal dari Hunan, China yang berhadapan dengan situasi luar biasa apabila usia kandungan sudah berusia 17 bulan tetapi masih belum bersalin.

Jelas Wang Xi, bulan yang sepatutnya dia melahirkan anak iaitu pada 15 November tahun lepas namun selepas pemeriksaan doktor sendiri mengesahkan belum tiba masanya untuk dia bersalin. “ Saya sendiri malu kenapa saya mengandung begitu lama, sudah 30 kali pemeriksaan dilakukan namun tetap tidak dapat melahirkan anak ini ”

Wang Xi pernah meminta doktor agar melakukan pembedahan caesarean pada bulan ke 14 namun doktor menolak permintaan tersebut dan memberitahu kandungan masih belum matang.

“ Saya dan suami sudah hilang sabar dan doktor meminta agar kami bertenang kerana bayi dalam keadaan selamat dan sihat. Jadi saya terpaksalah tunggu hingga benar-benar sudah tiba untuk bersalin nanti”

Menurut dunia perubatan, wanita yang paling lama mengandung pernah dicatatkan di dunia ialah selama 13 bulan dan kes Wang Xi ini merupakan luar biasa dan pelik kerana mampu mengandung selama 17 bulan.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon