Sunday, 14 August 2016

Tarikh Pengumuman iPhone 7 Dikeluarkan Di Malaysia

Tags

Bagi yang suka menggunakan iphone, pihak Apple akan mengeluarkan model terbarunya iaitu iPhone 7 yang lebih menarik. Ready untuk bocorkan poket anda untuk sebuah iPhone terbaru daripada Apple yeww.Buat anda yang sedang menantikan atau menabung sempena Apple iPhone 7, penantian anda bakal tamat. Siap sedia untuk bocorkan poket anda untuk sebuah iPhone terbaru daripada Apple.

Apple pada hari ini telah mengesahkan iPhone 7 bakal diumumkan pada 7 September 2016. Pengumuman ini tidaklah mengejut beberapa pihak memandangkan terlalu banyak rumour sebelum ini yang mengesahkan tarikh pengumuman Apple termasuklah daripada Evan Bless.
Seperti yang anda ketahui, sudah banyak leak atau rumour mengenai rekabentuk dan spesifikasi mengenai iphone terbaru yang bakal dilancarkan ini. Seingat kami, rumour iPhone 7 ini seakan-akan dapat menandingi leak rumour iPhone 4 sebelum dilancarkan suatu ketika dahulu.

iPhone 7 dikatakan akan menyertakan butang Home dengan sokongan tindak-balas haptik, selain turut dikatakan tidak akan menyertakan audio-jack. Tidak seperti Apple iPhone sebelum ini, warna space grey yang begitu ikonik buat pengguna Apple bakal ditamatkan. Sebaliknya, Apple bercadang untuk menggantikannya dengan warna deep blue atau space black.
Dalam pada itu, kami masih menantikan adakah iPhone terbaru pakal hadir dengan 2 variasi seperti biasa atau hadir dengan model Pro. Model iPhone Pro dikatakan bakal hadir.

Buat anda yang tidak sabar serta menantikan live stream sempena acara pengumuman Apple, diingatkan untuk membuat semakan waktu lebih awal berikutan pelancaran akan dijalankan pada 8 September waktu Malaysia.

P/S : Admin da lama mengidam nie...

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon