Sunday, 28 August 2016

Remaja Lelaki Mati Akibat Strok Berpunya Dari 'Love Bite' Oleh Kekasih

Tags

Susah untuk kita percaya apabila diserang strok apabila digigit oleh pasangannya, namun itulah kenyataan yang betul dan benar. Seorang remaja lelaki mati selepas mengalami strok berpunca daripada satu gigitan cinta (Love Bite) yang dibuat oleh kekasihnya.

Beberapa laporan di Mexico melaporkan bahawa remaja tersebut, Julio Macia Gontzalez mengalami sawan secara tiba-tiba sebelum mati di meja makan.

Pakar percaya bahawa gigitan cinta yang diberi oleh kekasihnya telah menyebabkan pembentukan darah beku, yang kemudiannya bergerak ke otak remaja 17 tahun itu.

Kekasihnya, yang berusia 24, telah menghilangkan diri dan keluarga Julio kini menyalahkan gadis tersebut penyebab kematiannya.

Ini bukanlah kali pertama kes strok yang disebabkan oleh gigitan cinta.

Pada 2011, seorang wanita 44 tahun dari New Zealand mengalami lumpuh separa selepas darah beku bergerak ke arah hatinya.

Bagaiamanapun, wanita itu dilaporkan berjaya sembuh sepenuhnya.

Dr. Teddy Wu, doktor yang bertanggungjawab merawat wanita berkenaan berkata : "Setahu saya, ini adalah kali pertama seseorang itu dihospitalkan akibat gigitan cinta".

P/S: Jangan buat lagi tau..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon