Sunday, 21 August 2016

Personaliti Seseorang Melalui Gaya Tidur

Tags

Tahukah anda posisi tidur anda dapat menggambarkan dimana personaliti kita pada hari ini. Kadangkala kita tidak sedar dengan posisi tidur yang bermacam-macam posing. Mengikut suatu kajian yang telah dilakukan ke atas 1,000 orang, terdapat 6 posisi tidur yang menjadi kebiasaan kita.
1. Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

2. Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

3. Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

4. Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

5. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

6. Tidur Mengiring

Tidur secara mengiring adalah posisi tidur yang paling banyak dalam kalangan manusia. Orang yang suka tidur mengiring sering bimbang terhadap sesuatu perkara. Mereka juga adalah golongan manusia yang sensitif dan pemalu.

7. Tidur Mengiring Tetapi Lurus

Orang yang suka tidur secara mengiring dan lurus sangat baik untuk kesihatan tulang belakang. Mereka adalah orang yang boleh dipercayai dan mudah untuk bergaul.

8. Tidur Lurus & Terlentang

Orang yang suka tidur dalam keadaan lurus dan tanpa bantal sering mengalami masalah sakit belakang. Mereka juga tidak suka perkara yang remeh-temeh. Orang yang tidur secara lurus juga sering bersikap pendiam.

9. Tidur Cara Meniarap

Orang yang tidur secara meniarap cenderung mengalami masalah pernafasan. Mereka juga suka menjadi ketua atau menguasai sesuatu. Mereka sangat yakin dengan diri sendiri.

10. Tidur Terlentang & Gaya Bebas

Ada sesetengah orang yang suka tidur secara terlentang. Mereka sering berdengkur semasa tidur. Mereka juga adalah sahabat dan pendengar yang baik.

P/S : Pada senarai diatas, yang mana satukah anda? Apakah secara keseluruhannya ia tepat dengan perwatakan dan personaliti diri anda?

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon