Monday, 1 August 2016

Keputusan Undian Kumpulan Piala AFF Suzuki 2016

Tags

Seperti yang sediamaklum, Kejohan Bolasepak dua tahun sekali(dwi tahunan) Piala AFF tahun ini atau Kejohanan Bolasepak ASEAN akan diadakan pada 19 November hingga 17 Disember 2016. Majlis Undian Piala AFF Cup akan berlangsung pada hari Selasa, 2 Ogos 2016 di Yangon, Myanmar jam 8.30 malam. Tuan rumah bersama adalah Myanmar dan Filipina.
Keputusan Undian Kumpulan Piala AFF Suzuki 2016

Seramai lapan pasukan akan beraksi pada kejohanan Suzuki Cup 2016 dan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 4 pasukan dalam setiap kumpulan. Malaysia telah diletakkan dalam Pot 2 (Balang 2) bersama juara bertahan Thailand.

Berikut adalah senarai pasukan mengikut balang untuk Undian kumpulan Piala AFF Suzuki 2016 :-
  • Pot 1 : Myanmar dan Filipina
  • Pot 2 : Malaysia dan Thailand
  • Pot 3 : Singapura dan Vietnam
  • Pot 4 : Indonesia dan pasukan yang menjuarai pusingan kelayakan (Brunei, Cambodia, Timor Leste dan Laos)
Berikut adalah keputusan undian kumpulan Piala AFF Suzuki 2016 :-

  1. Kumpulan A : Filipina, Thailand, Singapura dan Indonesia
  2. Kumpulan B : Myanmar, Malaysia, Vietnam dan juara pusingan kelayakan

Bola rasmi adalah the Mitre Delta Hyperseam
Jadual Perlawanan

Perlawanan peringkat kumpulan : 19 hingga 26 November 2016
Perlawanan separuh akhir : 3/4 Disember (Perlawanan pertama) dan 7/8 Disember 2016 (Perlawanan kedua)
Perlawanan akhir (Final) : Home dan away pada 14 dan 17 Dismeber 2016

P/S : Selamat berjuang buat team Harimau Malaya tunjukkan belangmu di kejohanan berprestij ini. Moga skuad Harimau Malaysia mampu beraksi cemerlang kali ini.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon