Wednesday, 3 August 2016

Gambar Konsep Bas Terangkat Di China Jadi Realiti

Tags

Konsep yang diterapkan oleh pakar-pakar china pada bas ini untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan ia tampak berkesan dapat mengurangkan 35 peratus.

Perkara tersebut didedahkan dalam laporan Xinhua News yang mengatakan sebuah model Transit Elevated Bus (TEB) sedang diuji di bandar Qinhuangdao.
Ujian tersebut kini memasuki fasa ujian penggunaan elektrik dan sistem hentian kecemasan. TEB yang digerakkan sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik berukuran 72 kaki panjang dan 25 kaki lebar mampu membawa 300 penumpang pada satu-satu masa.

TEB juga diramal mampu mencapai kelajuan 65 kilometer per jam, menjadikannya sistem pengangkutan awam yang laju. Lakaran konsep TEB sebelum ini menunjukkan bas berkenaan akan berjalan di atas jalan raya dan ‘diatas trafik’.

Kenderaan awam yang lain akan melalui ruang khas di bahagian bawah bas berkenaan dan sebarang operasi bas henti-henti tersebut tidak akan mengganggu trafik.
P/S : Indahnya kalau benda nie ada kat Malaysia

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon