Thursday, 4 August 2016

Gambar Dompet Isteri PM Singapura Hanya Bernilai RM 44.60

Tags

Memiliki kekayaan namun seorang insan bergelar Isteri Perdana Menteri Singapura ini hanya membawa sebuah dompet yang bernilai hanyalah S$14.80 (RM44.60) ketika lawatan rasmi bersama suaminya ke White House kelmarin menerima pujian ramai.

Dompet yang dikepit isteri kepada Lee Hsien Loong, ketika pasangan itu disambut secara rasmi oleh President Barack Obama dan isterinya Michelle Obama, merupakan antara yang dijual The Art Faculty, sebuah kedai online yang menjual hasil seni pelajar kurang upaya dan autistik di Sekolah Pathlight.

Di bawah program tersebut, pelajar boleh menerima royalti hasil jualan reka seni mereka di samping mempertingkatkan kemahiran.

Dompet yang dipegang Puan Lee menampilkan lukisan berbentuk dinosaur, dan merupakan hasil seni Seetoh Sheng Jie, 19, seorang pelajar yang sangat berminat dengan seni berkonsepkan haiwan purba itu.

“Kami teruja dan menganggap satu penghormatan melihat beliau membawa beg itu ketika lawatan rasmi,” kata pengarah pembangunan seni di Sekolah Pathlight, Loy Sheau-Mei, kepada The Straits Times.

Akhbar itu melaporkan Puan Lee, yang merupakan penang Persatuan Autisme Singapura, membeli dompet itu ketika menghadiri pertunjukan konsert amal Sabtu lalu bagi mengutip derma membantu perkhidmatan sokongan golongan autistik.

P/S : Kalau Isteri PM kita nak ke pakai macam nie?

Show comments
Hide comments

2 comments

tak leh lawan kak mah saya

tak leh lawan kak mah saya


EmoticonEmoticon