Wednesday, 31 August 2016

Cara Mudah Hilangkan Bibir Hitam Walaupun Anda Bukan Seorang Perokok

Ramai wanita yang malu untuk berhadapan dengan masyarakat jika bibir nampak kehitaman kan, cara paling mudah adalah menutupnya dengan memakai gincu. “Menyesal betul, kenapalah aku ikutkan sangat tabiat merokok. Kan bibir dah jadi hitam. Ish nampak hodoh jadinya. Aduhai, kenapalah sekarang baru sedar diri bila semuanya dah terjadi. Dahlah aku ada interview kerja petang ni. Ada ke tips hilangkan bibir hitam ini dalam masa semalaman?”
Memang kebiasaannya bibir hitam dikaitkan dengan tabiat merokok. Nikotin di dalam rokok dikatakan punca bibir hilang warnanya hingga kelihatan hitam. Namun, tak semua mereka yang mempunyai bibir hitam disebabkan oleh merokok. Ada juga wanita yang mengalami masalah bibir hitam disebabkan oleh masalah kulit sensitif. Disebabkan masalah itu, mereka kurang keyakinan diri akibat sering dipandang serong oleh orang lain.
9 TIPS HILANGKAN BIBIR HITAM, WALAUPUN TAK MEROKOK
Jadi bagi mereka yang menghadapi masalah ini, bolehlah cuba merawatnya dengan cara di bawah:

1. KURANG PENGAMBILAN KOPI
Elak mengambil kopi atau teh secara berlebihan kerana bukan sahaja bibir bertukar jadi hitam malah menukarkan gigi menjadi kuning.Amalkan pengambilan yang sederhana setiap hari.

2. KURANGKAN DARI TERKENA PANCARAN MATAHARI TERIK
Seperti kulit, bibir juga mempunyai pigmen melanin. Apabila sering terkena pancaran matahari terik, bibir boleh berubah warnanya. Pastikan sapu produk penjagaan bibir sebelum keluar rumah.

3. PERIKSA LIPSTICK YANG DIGUNA
Pastikan anda mengguna lipstick yang mengandungi butter, Shea butter, minyak jojoba atau vitamin E kerana bahan-bahan ini melindungi bibir dengan melembapkannya. Ini kerana ada lipstick yang jika dipakai berterusan boleh menyebabkan kerosakan pada pigmen di bibir dan menyebabkan bibir bertukar warna.

4. GUNA LIP MAKEUP REMOVER YANG BERKUALITI
Sebaiknya guna lip makeup remover yang berkualiti kerana ia mencegah bibir daripada kering. Pastikan ia mengandungi minyak almond, minyak zaitun ataupun minyak kelapa.

5. BUAT SKRUB BIBIR
Letak sedikit Vaseline pada berus gigi dan berus perlahan-lahan pada bibir. Ia akan membuang sel-sel mati yang rosak atau kering daripada bibir sekali gus mencantikkan bibir.

6. KULIT SENTIASA LEMBAP
Minum air dengan kerap untuk memastikan kulit sentiasa dalam keadaan lembap dan tidak kering.Apabila kulit kering, bibir juga mendapat kesan yang sama. Ini boleh menyebabkan kulit menjadi hitam.

7. ELAK DARI AIR BERKLORIN
Tips hilangkan bibir hitam ini mungkin ramai yang tak tahu. Sebenarnya, air klorin juga bertindak mengurangkan pigmentasi dalam bibir.Jadi, pastikan anda membilas bibir anda dengan baik jika anda pergi berenang.

8. URUT SELALU
Bibir yang selalu diurut akan menjadi tebal dan kekal merah. Caranya, ambil satu kiub ais dan letak dalam kain lembut. Urut ke bibir selama lima minit setiap hari. Boleh juga gantikan ais dengan Vaseline atau madu.

9. GUNA CARA SEMULA JADI UNTUK HILANGKAN WARNA GELAP
Ada banyak bahan semula jadi yang boleh digunakan sebagai tips hilangkan bibir hitam antaranya:

- Sapu yogurt atau krim pekat atau kedua-duanya
- Tambah sedikit gula pada minyak zaitun extra-virgin dan sapu pada bibir seminggu sekali
- Sapu gel aloe vera

SIAPA TAK NAK BIBIR YANG MENAWAN, BUKAN?
Jadi, amalkanlah tips hilangkan bibir hitam ini supaya bibir anda kelihatan muda remaja dan kembali menyerlahkan warna kemerahan. Apatah lagi rosy lips yang sentiasa jadi idaman semua wanita.

Tak payah pakai gincu tebal lagi!

P/S : Selamat mencuba guys..

Sumber: Siraplimau

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon