Saturday, 20 August 2016

Cara Hilangkan Selulit Hanya Menggunakan Kopi Dengan Berkesan

Tags

Masalah selulit memang tidak dapat dielakkan lagi pada golongan wanita. Bagi mereka yang berbadan besar, metabolism rendah, suka makan makanan yang tidak sihat dan sebagainya antara faktor wujudnya selulit di bahagian badan. Selulit biasa terkumpul di bahagian bawah lengan, perut , betis dan paha. Walaupun dah cuba pelbagai jenis produk untuk hilangkan masalah selulit,tetapi masih belum berjaya. Jangan risau, apa kata korang cuba cara semula jadi ni. Lebih berkesan dan mudah aje ! Nak tahu apa?
Kopi. Ya, kopi adalah penyelesai segala masalah anda. Sebenarnya, hampas kopi apabila dicampur dengan minyak zaitun akan membaiki struktur kulit yang selulit dan juga membuat peredaran darah jadi lancar. Jadi, cara-cara penyediaannya senang sahaja.

1. Hampas kopi

2. Minyak zaitun

Cara-cara:

1. campur minyak zaitun dengan hampas kopi dan kacau hingga jadi pes.

2. gosok pes dibahagian kulit yang berselulit.

3. kopi akan bekerja sebagai skrub.

4. sapu dan urut-urut beberapa minit dengan melakukan gerakan memutar.

5. Bilas dan keringkan dengan tuala.

P/S : Senang dan mudah kan. Tapi korang kena sentiasa amalkan seminggu sekali dan In sha ALLAH masalah selulit akan hilang.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon