Monday, 25 July 2016

Video Anak Kucing Disimen Hidup-Hidup Oleh Manusia Bertopengkan Syaitan

Tags

Dunia kini diakhir zaman, manusia lebih kejam dari binatang. Kucing ini telah disimen hidup-hidup oleh manusia celaka didalam paip PVC. Hampir setengah badan kucing malang ini dipenuhi dengan simen dan hanya mampu mengiau dengan keadaan simen yang semakin lama semakin mengeras pada tubuhnya. Tidak dapat bergerak langsung, tidak dapat bernafas dengan sempurna…hanya rayuan pilu dan tangisan sayu.

Dengan suara sayup itu, ia disedari oleh “seseorang” dan dia cuba sedaya upaya menyelamatkannya. Keliling paip PVC berkenaan di cangkul sehingga ditemukan penghujungnya. Dipecahkan PVC berkenaan dan anak kucing itu masih lagi terlekat simen yang hampir mengeras sepenuhnya, dengan perlahan dan berhati-hati, simen itu dibelah, dikerat sehingga tubuh anak kucing malang itu terlepas dari cengkaman padu simen berkenaan.

Tercungap-cungap, berjijiran air mata, sungguh pun ianya telah terlepas daripada simen itu, 2 hari kemudian, ianya telah menghembuskan nafasnya. Apakah salahnya? Apakah dosanya? Ingatlah bahawa mereka juga “berdoa” dan hanya pencipta-Nya sahaja yang mengetahuinya.

P/S: menonton.. Sekiranya si kucing malang ini dianiaya oleh manusia hanya kerana sakit hati sesama manusia dan melibatkan si kucing yang tidak mengerti ini maka ia telah bertindak kejam dan keji. Apa jua yang sebenarnya berlaku, ia adalah panduan buat kita. Jangan kita lupa bahawa kita juga adalah “penumpang” seperti mahkluk-mahkluk lain. Siapakah “dia” untuk menghukum si kecil ini ????

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon