Saturday, 30 July 2016

Tips Mudah Elak Peti Ais Dari Cepat Rosak

Tags

Rumah siapa yang tiada peti sejuk kan, ramai diantara kita menggunakan untuk menyimpan barang-barang keperluan hidup seharian. kalau tak, macam mana nak simpan lebihan makanan kan? Hari ni kami ada tips penjagaan peti ais yang mudah agar ia berfungsi dengan lebih baik dan tahan lama.

1. Jangan buka peti ais lama-lama. Nak tahu kenapa? Udara sejuk dari peti ais akan keluar dan menyebabkan suhu tinggi dalam peti ais. Jangan tanya kenapa kalau bil elektrik melambung ya.

2. Bungkus makanan dengan kemas untuk mengelakkan peti ais korang berbau.

3. Jangan letak minuman atau makanan yang panas dalam peti ais.

4. Jangan letak muatan secara berlebihan . Ini akan menghalang udara sejuk untuk beredar di seluruh ruang peti sejuk.

5. Perhatian, kalau timbunan ais berlaku pada bahagian sejuk beku, jangan cungkil atau buang ais tersebut sebab kemungkinan bocor itu boleh berlaku

6. Jangan terlalu rapatkan bahagian kiri kanan peti ais pada dinding untuk melepaskan haba. Jangan sesekali letak peti ais anda terlalu dekat dengan haba api atau panas matahari okay.

7. Pastikan songket peti ais tidak berkongsi dengan peralatan lain untuk mengelakkan arus eletrik berlebihan.

P/S : Semoga ia bermanfaat buat anda semua

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon