Thursday, 7 July 2016

Kanak-Kanak 5 Tahun Jadi Penunjuk Arah Untuk Bapa Cari Rezeki

Tags

Satu video yang mendapat jumlah tontonan sebanyak 2 juta memaparkan seorang anak kecil berusia lingkungan 5 tahun telah mendapat perhatian dari netizen yang mana menjadi penunjuk arah buat bapanya untuk mencari wang demi menyara keluarga.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Jenny dikatakan menjadi “mata” kepada bapanya untuk berjalan di kebun kelapa dan memanjat pokok kelapa tersebut. Walaupun buta, Nelson Pepe mampu memanjat 60 batang pokok kelapa dan pendapatan yang diperoleh sebanyak $9 setiap hari. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna facebook, Rhuby Capunes jadi viral pada 10 Jun lepas menangkap perhatian orang ramai dengan pengorbanan anak kecil ini terhadap bapanya.

Dua beranak yang berasal dari Filipina ini mendapat perhatian antarabangsa dan orang ramai cukup bersimpati dengan nasib keluarga ini. Menurut yayasan ABS-CBN, keluarga ini akan ditempatkan di persekitaran yang lebih baik suatu hari nanti. P/S : Sedih tengok..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon