Saturday, 16 July 2016

Harga Dan Spesifikasi Perodua Sedan "Bezza"

Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan serta membuka tempahan bagi model terbaharu Sedan Cekap Tenaga (EEV) pertama iaitu Perodua Bezza di semua pameran seluruh negara bermula pada hari Sabtu 16 Julai 2016 Perodua dijadual melancarkan model sedan Perodua Bezza itu secara rasmi dalam majlis pelancarannya pada 21 Julai 2016.
Perodua Bezza adalah hasil kerjasama dan pemindahan teknologi bersama rakan kongsi syarikat Perodua, Daihatsu Motor Co Ltd Perodua sedan ini, yang diberi nama Bezza merupakan model terbaharu transformasi kedua (selepas Axia) dan kereta siap untuk pasaran global pertama dengan Varian 1.3L Advance dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan moden dan Perodua Bezza dikeluarkan di kilang diperakui EEV, Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd.

Ciri-Ciri Kereta Perodua Bezza 2016

1. Kereta dilengkapi teknologi moden, penggunaan yang mengagumkan serta mampu dimiliki itu dibina dengan tanda dagang Perodua dari segi kualiti, kebolehpercayaan, nilai dan penjagaan Perodua Bezza didatangkan dalam lima varian, iaitu 1.0L Transmisi Manual dan Automatik, 1.3L Premium X Transmisi Manual dan Automatik serta 1.3L.

2. Advanced Version Transmisi Automatik Varian Perodua Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), iaitu fungsi keselamatan yang mengesan dan mengurangkan gelinciran yang membolehkan pengguna mengekalkan kestabilan semasa memandu.

3. Varian ini juga didatangkan dengan Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Tarikan (TRC) yang membolehkan pemandu mengekalkan daya tarikan di atas jalan yang licin Satu lagi ciri-ciri pertama bagi Perodua adalah butang mula/henti dengan kunci pintar yang hanya boleh didapati dalam varian 1.3L.

4. Dari segi multimedia, varian Perodua Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan alatan mudah alih multimedia yang membolehkan pengguna mengakses media sosial dan hiburan daripada gajet Android ketika kenderaan berada dalam keadaan statik PERODUA Bezza menerima pengiktirafan 5 bintang dari ASEAN NCAP PERODUA Bezza didatangkan dengan enam warna, menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam iaitu ‘sugar brown’, biru laut, ‘lava red’, ‘ebony black’, ‘glittering silver’ dan ‘solid ivory white’

LAMPIRAN SPESIFIKASI KERETA PERODUA BEZZA 2016
SEKITAR GAMBAR PERODUA SEDAN 'BEZZA'
Harga Rasmi Kereta Perodua Bezza 2016

Berikut ialah jadual harga rasmi atas jalan (On the road) Kereta Perodua Bezza mengikut Varian berserta lampiran harga bagi setiap pakej aksesori tambahan yang ditawarkan Harga yang dinyatakan adalah rasmi dan berkuat kuasa mulai 16 Julai 2016. Bagi harga untuk warna metalik adalah sama dengan warna solid.


P/S : Da teruja tengok body Bezza nie...

Sumber : Mysumber

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon