Sunday, 10 July 2016

Gambar Pelanggan Ditipu Ketika Promosi Besar-Besaran

Tags

Satu penipuan berlaku ketika promosi besar-besaran yang dijalankan di pusat beli belah di seluruh negara. Potongan harga dari 10% hingga 70% membuatkan ramai yang rambang mata memilih pakaian berjenama untuk digayakan dihari lebaran.

Apa yang mengejutkan, satu status perkongsian dari Sneakpeekmedia membongkar disebalik harga murah yang selalu kita lihat ketika jualan besar-besaran.

Rupa-rupanya terdapat harga lebih murah (harga lama) dibelakang label harga yang kita lihat. Mungkin kerana terlalu teruja melihat potongan harga dan perbandingan harga lama dan harga baru (yang ditipu), ramai terus memborong tanpa memeriksa label harga yang sebenar yang telah dinaikkan harga.
Semoga perkongsian ini dapat disebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga buat panduan bila nak bershopping sama ada untuk raya tahun depan atau yang nak memborong baju sempena jualan murah. Periksa sebelum memilih pakaian anda, risau juga baru nak bangga pakai baju berjenama yang mahal rupanya kena "game" hidup-hidup.
P/S : Hati-hati semua pengguna.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon