Wednesday, 13 July 2016

Adakah Proton Kereta Untuk Orang Miskin ?

Tags

Perkongsian ini bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Proton sendiri. Satu perbincangan dimana kami melihat harga pasaran kereta di negara Malaysia adalah antara paling tertinggi di dunia, dengan kadar cukai kereta yang sangat-sangat melampau. Adakah ia relevan buat rakyat yang mana menanggung juga kadar GST yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang dianggap menindas rakyat sendiri demi kepentingan negara.

"Proton ialah kereta orang miskin."

Satu kisah yang kami coretkan kembali dimana usahlah kita memilih kereta yang terlalu mahal supaya kita lebih terjamin dan juga jimat.Pilihlah kereta sebagai keperluan dan bukan untuk kemahuan diri sendiri.

Saya kenal seseorang yang gaji bulanannya +-RM100k (di Petronas). Dia guna kereta Proton. Sebab dia tahu yang penting tujuan dia untuk sampai ke destinasi tu sampai, bukan nak bermegah megah dengan kenderaan mewah.

Yang miskin tu engkau. Tak sedar diri gaji ciput, sibuk nak pakai kereta import. Lepas tu merungut tukar sparepart mahal, bayar bulanan mahal. Kerja penat penat jadi hamba kereta.

Tak perlu malu pun pakai kereta tempatan, hatta kereta 2nd hand sekalipun. Yang penting selesa, selamat tiba di destinasi dan tak membebankan hidup kita.

P/S : Kereta jenama Made In Malaysia pun mahal nak pakai apatahlagi kereta import. Hanya mampu senyum. Bagi penulis Proton is No 1 in Malaysia.

Show comments
Hide comments

1 comments so far

Proton adalah utk org kampung miskin sahaja. Kereta nie utk org2 melayu kampung yg takde hala tuju.. takde cita2.. mohon terasa yerr sape yg ada kete proton.. biar korg sedar dan bangkit dr tidur


EmoticonEmoticon