Monday, 11 July 2016

6 Kelebihan Durian Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Penulis adalah seorang "Hantu Durian" sehingga berpeluh baju jika mengadap durian..HAHAHA, Jika muncul je musim durian, pasti ramai yang mencari port sesuai untuk makan durian kan?
Memang rugi siapa yang tak makan ni. Nikmat yang sangat sedap yang dinikmati di dunia ini. Mana tidaknya, isi yang lemak manis itu merupakan salah satu faktor utama durian digilai rakyat di Malaysia. Namun, kata orang, tak bagus jika kerap kali makan durian. Dari segi kesihatan, durian banyak beri kesan yang tidak elok untuk individu. Tetapi, tahukah anda durian juga sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang mungkin korang semua tidak tahu. Nak tahu apa yang bagus tentang durian?

1. Awet Muda
Durian mempunyai sumber vitamin C. Fungsi Vitamin C dapat mencantikkan malah melambatkan proses penuaan kulit serta wajah seseorang.

2. Pembekal Tenaga
Durian tinggi dengan karbohidrat. 100 gram durian bersamaan 21% karbohidrat. Badan kita memerlukan karbohidrat untuk memberi dan menambahkan tenaga.

3. Mencerdaskan Otak
Tahukah anda 200 pelajar di Twickenham ( Middlesex) school diuji kecerdasan dengan makan durian ketika sarapan, tengahari dan juga waktu istirehat? Hasil kajian menunjukkan kalsium buah durian tinggi dan berjaya membantu pelajar untuk fokus kepada pelajaran.

4. Cegah Masalah Tekanan
Durian mengandungi vitamin B6 dimana mambantu untuk kurangkan masalah tekanan. Durian mempunyai tryptophan dimana ianya sejenis asam amino yang dpt mengubah tubuh jadi serotonin iaitu mampu membuat badan lebih tenang, mood lebih gembira dan lebih baik.

5. Nutrisi Untuk Tulang Serta Gigi
Durian mengandungi kalsium, kaliu serta vitamin B1, B2. Kesemua ini dapat mempertahankan kesihatan tulang dan gigi anda.

6. Pencernaan Yang Sihat
Serat yang cukup tinggi dan membantu organ pencernaan berjalan dengan lebih lancar. Bagi mereka yang sentiasa sembelit dan sukar buang air besar, boleh cuba makan buah durian. Cegah Masalah Kurang Darah (Anemia).

Buah durian mengandung folat serta zat besi yang memainkan peranan penting dalam mengatasi gejala anemia atau kurang darah.

P/S : Pakat-pakat kita share semoga dapat ia dimanfaatkan sebaiknya.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon