Sunday, 19 June 2016

Video Misteri Penghadang Masjid Bergerak Sendiri

Tags

Misteri yang berlaku di Masjid Jamek Tedong, Melaka apabila satu klip video yang merakamkan dua buah penghadang bergerak dengan sendiri.

Kini, rakaman berdurasi 1 minit 48 saat itu telah tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Menerusi video tersebut, penghadang masjid dilihat bergerak sendiri beberapa meter bermula di belakang pintu solat wanita hingga ke bahagian tepi masjid.

Menurut siak masjid Zakaria Lani, kejadian aneh itu dirakam pada 25 Mei lalu, kira-kira jam 2.30 pagi. Jelasnya, pihak pengurusan masjid hanya menyedari insiden itu dua minggu kemudian selepas dia dan seorang lagi jemaah secara kebetulan memainkan rakaman CCTV tersebut.

“Kami memainkan rakaman CCTV untuk melihat aktiviti murid Sekolah Kebangsaan Tedong yang mengadakan qiamullail di masjid ini, 28 Mei lalu dan tidak menyangka melihat kejadian itu.

“Pada mulanya saya menyangka penghadang kayu itu ditiup angin tetapi arah pergerakannya melawan angin menyebabkan kami kehairanan. Ia seolah-oleh digerakkan sesuatu yang tidak dapat dilihat.

“Bagi saya kejadian aneh itu bukan bertujuan menakut-nakutkan mana-mana pihak, sebaliknya lebih kepada mengagungkan kekuasaan Allah,” katanya dalam laporan disiarkan Harian Metro, hari ini.

Dalam pada itu Zakaria memberitahu, terdapat hikmah tersendiri apabila masjid berkenaan mula dikunjungi lebih ramai golongan muda yang mengadakan program qiamullail, susulan kejadian tersebut.

Tonton video Penghadang Kayu Masjid Bergerak Sendiri Undang Misteri di bawah. P/S : Boleh tahan seram nie..

Kredit : Mynewshub

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon