Monday, 6 June 2016

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Seluruh Negeri 2016

Tags

Berikut adalah kadar bayaran zakat fitrah 2016 bagi seluruh negeri. Ia merupakan kadar zakat fitrah tahun 2016M/1437H bagi negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor, Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 2016 MALAYSIA

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2016M/1437H Malaysia

Wilayah Persekutuan : RM 7.00
Selangor : RM 7.00
Johor : RM 6.00 / RM 8.00
Terengganu : RM 7.00
Perak : RM 7.00
Pulau Pinang : RM 7.00
Pahang : RM 7.00
Kelantan : RM 7.00
Kedah : RM 7.00
Perlis : RM 7.00
Negeri Sembilan : RM 6.50
Melaka : RM 6.70
Sabah : RM 7.00
Sarawak : RM 7.00

Kewajipan Membayar Zakat

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.

P/S : Semoga ia menjadi panduan untuk anda membayar zakat fitrah.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon