Monday, 27 June 2016

Harga Terbaru Minyak RON 95 RON 97 Dan Diesel Julai 2016

Tags

Umum sedia maklum yang Harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan Julai 2016 akan diumumkan pada hari terakhir bulan Jun iaitu pada 30 Jun 2016 (Hari Khamis).

Di bawah sistem apungan terurus yang diperkenalkan, purata bulanan harga minyak mentah dunia serta nilai tukaran wang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya. Untuk makluman, harga minyak di Malaysia tidak berubah semenjak bulan April 2016.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.

Harga Terkini Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Julai 2016

* Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada 1 Julai 2016 (Jumaat), harga runcit petrol dan diesel bagi bulan Julai 2016 adalah seperti berikut:


Harga bulan Julai 2016 dalam kurungan

( RM 1.75 RON 95  )
(RM 2.10 RON 97 )
(RM 1.60 Diesel

Harga Petrol Dan Diesel Dari Januari 2015 Hingga Kini

Berikut dikongsikan jadual harga minyak petrol dan diesel dari tarikh mula pelaksanaan apungan terurus sehingga bulan Jun 2016 :-
P/S : Harap ada penurunan oleh kerajaan kepada rakyat yang menetap di Malaysia

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon