Monday, 6 June 2016

Gambar Jam Tangan Touch 'N Go Dilancarkan Di Malaysia

Tags

Teknologi terbaru yang dilancarkan oleh pihak tol lebuhraya Malaysia. Touch ’n Go Sdn Bhd telah melancarkan jam yang dilengkapi dengan ciri bayaran dan tambah nilai Touch ’n Go yang pertama di Malaysia.

Jam ini di beri nama Jam “Time Traveller”, terdapat dalam dua warna iaitu hitam serta putih, dijual pada harga RM239.

Difahamkan, jam ini membolehkan pengguna membuat pembayaran di beberapa premis yang dilantik oleh Touch ’n Go Sdn Bhd. Kiranya anda tak perlu bawa wang tunai, pakai saja jam “time Traveller” untuk membuat pembayaran.

“Kita mahu mempromosikan gaya hidup tanpa tunai. Jika dilihat, di Malaysia kini ramai peniaga kecil yang bekerjasama dengan TNGSB untuk meletakkan mesin pengimbas bayaran di premis mereka.

“Kadar tambah nilai juga sama iaitu minimum RM10 manakala nilai maksimum dalam jam berkenaan ialah RM1,500,” Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB, Syahrunizam Samsudin.

Setakat ini jam “Time Traveller” ada dua warna sahaja iaitu putih dan hitam.

Warna lain seperti coklat, merah jambu dan biru akan dikeluarkan Ogos depan.
P/S : Menarik jugakan..Mungkin boleh design menggunakan designer g-shock untuk melariskan lagi jualan.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon