Wednesday, 29 June 2016

Cara Mudah Lajukan Wifi Bagi Pengguna Router TM Streamyx

Tags

Pasti ramai yang menggunakan TM Streamyx dekat rumah kan. Kini semua dunia di hujung jari. Satu tips kami akan kongsikan cara untuk lajukan atau boosterkan wifi router anda samada di rumah atau di tempat kerja anda.

Tahukah anda, default setting pada router TM boleh menyebabkan ‘bottleneck’ yang mengakibatkan kelajuan sambungan Wi-Fi menjadi lebih perlahan daripada sepatutnya. Contohnya, walaupun melanggan streamyx 8Mbps, anda masih mengalami lag ketika bermain games atau buffering yang lama ketika streaming video.

Tips mudah ini membantu anda lajukan wifi dari router asal yang dibekalkan oleh TM untuk mengurangkan lag atau buffering ketika streaming.

Lajukan Wifi Dari Router TM
Saya rasa majoriti pengguna internet TM (terutama Streamyx) menggunakan router yang dibekalkan sendiri oleh TM. Kalau mampu, tukarlah kepada router jenama lain seperti Asus untuk kualiti dan usability yang lebih baik berbanding router TM. Jika anda tidak bercadang untuk menukar router, saya galakkan praktik tips seperti di bawah untuk dapatkan sambungan Wi-Fi yang lebih memuaskan.

Langkah 1 : Akses Configuration Router Anda
Untuk mengakses configuration router, taip 192.168.1.1 pada pelayar internet anda. Jika anda menggunakan router seperti dalam gambar di atas, model INNATECH-W700N (Innacom) username dan password adalah seperti berikut :

Login : tmadmin
Password : Adm@XXXX – disini XXXX merujuk kepada empat angkat terakhir MAC Address router tersebut. Boleh rujuk di pelekat di bahagian bawah router.

Langkah 2 : Menukar Wi-Fi kepada Wireless N sahaja
Setting asal bagi kebanyakan router ialah Wi-Fi B/G/N iaitu signal “radio” yang menyokong peranti “legacy” dari zaman sedekad lepas hingga ke sekarang. Peranti moden seperti laptop generasi baru, iPhone, peranti Android kebanyakannya menyokong sambungan Wifi b/g/n/ac.

Masalah utama ialah penggunaan mode wifi b/g/n pada peranti moden boleh menjejaskan “speed” wifi transfer itu sendiri. Oleh itu, bagi mengurangkan bottleneck saya sarankan bahawa anda set wifi mode kepada Wifi N sahaja.

Tekan “Apply Changes” untuk menyimpan setting terbaru.

Nota : Kalau tak boleh proceed, sila buat langkah 3 dulu kemudian baru tukar kepada WPA2.

Langkah 3 : Menukar security kepada WPA2
Kebanyakan router juga masih mengekalkan wifi security jenis WEP sebagai default settings. Masalah utama WEP ialah boleh menyebabkan kelajuan transfer data melalui wifi dibawah prestasi sebenar selain sekuriti WEP yang mudah digodam.

Biasa dengar kes curi wifi? Saya yakin kebanyakan wifi yang kena curi itu masih guna sekuriti WEP.
Untuk lebih lajukan wifi transfer, tukar sekuriti kepada WPA2 (AES) dan apply changes, kemudian restart router anda.

Langkah 4 : Menukar DNS kepada Google DNS
Saya pernah tulis mengenai Google DNS, enam tahun lepas. Tapi hari ini ianya masih relevan. Untuk menukar DNS pada router TM, masuk 192.168.1.1 > Service > DNS > Set DNS Manually > 8.8.8.8 dan 8.8.4.4.
—————————————–

Secara teori anda akan merasakan perubahan yang agak drastik terutamanya bila streaming dan bermain online games. Router TM banyak limitasinya, seperti signal yang tidak kuat kerana antena terbina dalam, jumlah RAM yang rendah (tidak mampu menambung banyak peranti pada masa sama) dan tiada sokongan dual-band.

Saya merupakan pengguna modem dan router Asus yang menggunakan custom firmware. Kalau post ini dapat sambutan, mungkin saya boleh cerita sikit mengenai pengguna modem dan router Asus di dalam artikel akan datang.

P/S : Selamat mencuba semua pengguna streamyx dan jangan lupa sebarkan tips ini

Show comments
Hide comments

2 comments

kenapa sy tukar setting tu pc sy xboleh connect dgn wifi tm ye??

Sebab wifi card anda tiada "N" signal. Hanya support a/b/g sahaja


EmoticonEmoticon