Tuesday, 3 May 2016

Video Aksi Mengerikan Lelaki Terhentak Kepala Di Tepi Kolam

Tags

SAKIT !!! Satu video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan rakannya membuat aksi 'SUPLEX' ditepi kolam renang kini tersebar menjadi viral di laman sosial.

Video tersebut mencetuskan rasa ngeri ramai dek kerana kepala lelaki tersebut terhentak kuat pada bucu kolam renang ketika mengangkat rakannya sebelum masing-masing terjatuh dalam kolam.

Tambah simpati, video yang diviralkan oleh seorang netizen Clement Tan menerusi laman Facebook itu mendakwa lelaki malang berkenaan mati serta-merta ditempat kejadian.

Bagaimanapun, dakwaan Clement rupa-rupa adalah palsu semata-mata kerana sebenarnya lelaki itu masih hidup. Hal itu dibongkar setelah seorang pengguna bernama Richie Bustos memuat naik video yang asal dengan durasi yang lebih panjang. Dalam video itu, lelaki tersebut dilihat kembali berdiri seperti biasa di dalam kolam.

Jadi, terungkai sudah persoalan bahawa dalam kejadian tersebut tiada sesiapa yang meninggal dunia.

P/S : Don't try this at home.

Kredit : Mynewshub

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon