Thursday, 5 May 2016

Lelaki Cabul Wanita Dibelasah Teruk Di Dalam Bas

Tags

MUNGKIN tidak tahan dengan pemakaian sang wanita, seorang lelaki bertindak untuk melakukan gangguan seksual di dalam bas, namun lekaki tersebut ternyata salah memilih tempat dimana penumpang di dalam bas dipenuhi majoriti wanita. Lelaki tersebut dibelasah oleh penumpang kerana menyentuh anggota badan salah seorang penumpang.

Kejadian yang berlaku di wilayah Kocaeli, Turki pada 28 April lalu itu, tercetus apabila lelaki tersebut bertindak menayangkan zakarnya kepada seorang wanita yang berdiri di hadapannya ketika berada dalam bas.

Mangsa yang jijik dengan perlakuan lelaki itu segera menjerit dan memukulnya sebelum disertai wanita-wanita lain.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek berdiri di celah-celah sekumpulan wanita di dalam bas tersebut sebelum melakukan perbuatan tak bermoral.

Bagaimana pun dia bertemu buku dengan ruas apabila dipukul, ditampar dan ditendang oleh mangsa diikuti beberapa wanita lain yang naik minyak atas tindakan lucahnya itu.

Keadaan tambah kecoh apabila suspek cuba melarikan diri sebaik pintu bas terbuka namun berjaya ditahan salah seorang penumpang bas berkenaan.

Suspek dilaporkan telah ditahan untuk siasatan oleh pihak polis.
P/S : Sedap x bang?HAHAHA

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon