Thursday, 5 May 2016

Berita Terbaru Helikopter Bawa VIP Hilang Di Sarawak 5 Mei 2016

Tags

GEMPAR apabila sebuah helikopter yang membawa beberapa orang kenamaan (VIP) yang dalam penerbangan dari Betong Ke Kuching, Sarawak telah dilaporkan hilang pada petang Khamis, 5 Mei 2016. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara ini ketika dihubungi oleh Bernama.
"Helikopter itu berlepas dari Betong jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang" Menurut laporan, pengawal trafik udara terputus hubungan dengan helikopter pada jam 5 petang ketika ia berada di lokasi Sebuyau.
Lanjutan daripada kehilangan pesawat jenis Eurocopter AS350 ini, DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat. Difahamkan helikopter yang dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan ini membawa beberapa orang kenamaan (VIP) termasuk Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi/ Ahli Parlimen Sungai Besar.
Sekadar Hiasan
Berikut adalah senarai 6 penumpang helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak 5 Mei 2016 :-

1. Kapten Rudolf Rex Ragas : Pilot
2. Dato Noriah Kasnon : Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
3. Tuan Asmuni bin Abdullah : Suami Dato Noriah
4. Datuk Dr. Sundaran Annamalai : Ketua Setiausaha Kementerian
5. Dato Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad : Pengerusi MPOB (Ahli Parlimen Kuala Kangsar)
6. Ahmad Sobri bin Harun (Pengawal Peribadi)

Berita kehilangan helikopter ini akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Operasi SAR juga telah dimulakan untuk mencari kehilangan helikopter ini menurut tweet Dato Seri Hishammuddin Hussein.
Berita berkaitan

• Mayat pertama tiba di jeti

• Satu mayat ditemui dekat serpihan

• Jumpa serpihan helikopter

P/S : Mari sama-sama kita berdoa semoga semua yang terlibat dalam insiden ini dapat dijumpai dengan selamat.

Kredit : Panduanmalaysia

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon