Sunday, 1 May 2016

4 Punca Harga Tudung Fareeda Sangat Mahal

Tags

HARGA yang dijual sangat mahal, namun terlalu ramai yang meninginkannya biarpun harga mencecah ratusan ringgit. Tudung Fareeda amat terkenal ketika ini dan paling laris di pasaran Malaysia. Ia juga boleh dikatakan memiliki tudung fareeda adalah idaman setiap wanita-wanita di Malaysia.
Jadi, kami disini telah senaraikan antara punca kenapa tudung fareeda ini sangat mahal.

1. Tudung Fareeda Tidak Pernah Mencecah RM200 Keatas

Menurut info tudung yang dijual oleh Fareeda, kebanyakannya tidak mencecah nilai RM200 keatas, namun untuk mendapatkannya, pelanggan dikatakan perlu beratur seawal 4 pagi untuk mendapatkan nombor giliran bagi membeli tudung dengan tawaran menarik dan mengikut kehendak.

2. Reseller Penyebab Tudung Fareeda Kadang-Kadang Mencecah RM300 Keatas

Dikatakan ianya bukan salah pihak Fareeda sendiri jika pihak ketiga ingin menjualanya dengan harga lebih tinggi.

3. Tudung Yang Berkualiti Tinggi Dan Eksklusif

Tudung Fareeda mempunyai patern dan jenamanya tersendiri, setiap rekaan dikatakan hasil tangan pemiliknya.

Kepentingan kualiti, kecantikan serta keselesaan pengguna amat dititikberatkan dalam setiap rekaan bagi memberi kelainan berbanding tudung-tudug biasa.

4. Fesyen Mengikut Kemampuan Dan Punyai Peminat Tersendiri

Tak semua tudung Fareeda harganya mahal. Ada juga yang mampu milik. Tudung Fareeda mempunyai peminat serta kelasnya yang tersendiri.

Sebab itu, bagi peminat tudung tersebut, harga tidak menjadi halangan, asalkan puas hati bila digayakan.

P/S : Sekarang sudah jelas kenapa tudung tersebut mahalkan =).

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon