Tuesday, 5 April 2016

Wanita Dedah Butik Fareeda Kitar Semula Tudung Model Lama

Tags

ADAKAH ini satu kenyataan yang benar? Dan sebenarnya tudung koleksi terbahru yang dikeluarkan oleh syarikat tudung terkenal, Fareeda adalah rekaan tudung lama.
Itulah pendedahan daripada netizen yang membuktikan mereka juga memiliki tudung dengan corak yang sama tapi dibeli di tempat lain.

Syarikat Fareeda sebelum ini mengundang kontroversi apabila pemilik syarikat terbabit, Mawar Karim dan Suaminya dilihat seperti sengaja mencetuskan suasana yang kecoh di luar premis berkenaan.

Ada juga yang mengatakan itu merupakan strategi pemasaran bagi meningkatkan lagi bilangan pelanggan.

Namun, video pelanggan 'mengganas' berebut koleksi tudung terbaharu Fareeda itu ditegur oleh Wardina di mana Wardina menyifatkan Fareeda melayan pelanggan seperti melayan haiwan.

Tidak habis di situ, pendakwah yang juga selebriti realiti TV, Da'i Musim Kedua turut tampil meluahkan pendapatnya mengenai isu itu.

Terbaharu, netizen dari seantero Malaya khususnya peminat tudung pula tampil mendedahkan koleksi terbaru Fareeda itu sebenarnya tudung lama.

Ikuti pendedahan mereka.

"Baru perasan latest collection scarf dia ni sama dengan yang viral tu.."
Sehingga kini, Fareeda masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini. Untuk pengetahuan anda, mungkin corak tudung adalah sama, namun material yang menentukan harganya. Boleh jadi juga, Fareeda mungkin mahu menghabiskan stok 'lama' tudung itu.

Namun, apa yang lagi menghangatkan keadaan adalah sikap kurang ajar dan keangkuhan pihak pengurusan media sosial Tudung Fareeda yang disifatkan riak dan takabbur oleh netizen.

P/S : Mohon jawab Kakak Mawar.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon