Thursday, 14 April 2016

Video Seorang Gadis Kristian Di Islamkan Oleh Dr Zakir Naik Di Kemaman

Tags

SUNGGUH HEBAT dakwahnya, akan tetapi ada saja orang yang membenci orang seperti ini yang terlalu baik untuk menyampaikan dakwahnya. Di Terengganu semalam, Dr. Zakir Naik di kemaman merakamkan satu detik amat bermakna apabila seorang gadis kristian berumur 19 tahun, Nina Grace, memilih untuk memeluk islam apabila dipelawa oleh Dr. Zakir Naik selepas pelajar terbabit bertanyakan soalan.

Menurut pelajar terbabit, dia telah kerap membaca surah Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi.

Pelajar berkenaan kemudian bertanya adakah dia tidak menghormati Islam dengan berbuat sedemikian?

Dr. Zakir Naik terus menjawab : Tidak.

Dr. Zakir Naik kemudiannya bertanya kepada pelajar tersebut beberapa soalan sebelum mengajaknya mengucap dua kalimah Syahadah.

Dr. Zakir : "Adakah kamu percaya hanya ada satu Tuhan?"

Grace : "Ya"

Dr. Zakir : "Adakah kamu percaya Jesus itu Tuhan?"

Grace : "Tidak"

Dr. Zakir : "MasyaAllah.. Adakah kamu percaya Nabi Muhammad pesuruh Allah?"

Grace : "Ya".
Selepas beberapa siri soalan dan penjelasan lagi, gadis tersebut bersetuju untuk mengikut Dr. Zakir mengucap dua kalimah Syahadah.

Setelah selesai detik yang amat bermakna itu, kedengaran tepukan dari orang ramai.
**Skip kepada 18:20 untuk menyaksikan detik itu.

P/S : Semoga ramai lagi akan masuk islam dengan dakwah Dr. Zakir Naik

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon