Thursday, 7 April 2016

Satu Telco Terbaru Webe Bakal Perkenalkan Plan Internet 20GB Hanya RM 8

Tags

PERSAINGAN telco-telco di Malaysia semakin rancak dengan kadar internet dan semakin ramai pesaing-pesaing baru akan menempatkan diri di negara Malaysia. Satu khabar baik dari Telco baru iaitu Webe akan melancarkan satu Plan super jimat dengan menawarkan plan internet 20GB dengan hanya RM 8 sahaja. Webe adalah dibawah kendalian P1 ini sekaligus melancarkan tawaran yang sangat menarik buat pengguna.
Mengikut beberapa laporan awal, Webe bakal menawarkan plan data internet 20GB sebulan serta percuma 1000 SMS dan 1000 minit panggil dengan harga serendah RM8. Apa yang menarik adalah plan ditawarkan ini adalah tanpa sebarang kontrak.

Harga yang dinyatakan di atas tertakluk kepada beberapa syarat termasuk mendapatkan telefon pintar di bawah telco mereka. Buat anda yang tidak berminat untuk mendapatkan telefon pintar, harga yang ditawarkan Webe adalah RM9 buat pelanggan P1 manakala RM10 buat pelanggan baru.
Buat anda yang menantikan sebuah telco yang menyediakan sebuah rangkaian yang baik serta data internet tanpa had pasti anda berminat dengan tawaran yang ditawarkan Webe ini. Pakej ini termasuk panggilan dan SMS tanpa had.

Persoalannya, mampukah Telco Webe yang dibantu oleh syarikat Telekom Malaysia ini bersaing dengan syarikat-syarikat besar seperti Maxis, Celcom,Digi dan U Mobile?

P/S : Sama-sama kita nantikan..

Kredit : Thevocket

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon