Sunday, 3 April 2016

Punca Sebenar Peminat Berebut Beli Tudung Sweet Love Fareeda

Tags

RAMAI yang membidas tindakan sebuah butik tudung tersohor di Malaysia iaitu "Fareeda" yang mana kita tahu pada 2 dan 3 April yang lalu, butik Fareeda diserbu oleh pelanggan yang ingin memiliki tudung yang digayakan oleh Fareeda sendiri.

Jenama tudung terkemuka iaitu Fareeda yang diterajui oleh Mawar isteri kepada Fizo Omar telah melancarkan tudung jenama baharu dikenali sebagai “Sweet Love”. Tudung jenama “Sweet Love” ini dijual pada harga eksklusif bermula dari RM150 hingga RM250 dan agak terhad sehingga ramai yang sanggup beratur dari awal pagi di gudang butik Fareeda, Bangi.

SANGAT malang pada pelanggan yang ingin memiliki tudung tersebut, kerana sistem pengurusan yang kurang cekap menyebabkan orang ramai beratur seperti "lembu" yang baru sahaja keluar kandang.

Lelaki dan wanita juga sanggup bersesak, berhimpit dan tanpa malu bersentuhan satu sama lain hanya untuk mendapatkan nombor giliran untuk pembelian tudung eksklusif jenama “Sweet Love Fareeda”. Sehinggakan ada wanita yang dilihat menjerit, memekik dan meraung hanya kerana merebut mendapatkan nombor giliran. Sebenarnya isu ini sudah berulang kali berlaku sehinggalah pengacara dan penceramah terkemuka, Wardina Safiyyah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemilik Fareeda yang melayan pelanggan macam seekor lembu. Tambah Wardina, perkara ini sudah banyak kali berlaku dan pemilik Fareeda menganggap perkara tersebut satu jenaka untuk kepuasan diri sendiri.

Punca Sebenar Peminat Berebut Beli Tudung Sweet Love Buatan Fareeda

1. Ini bukan insiden kali pertama kejadian berebut beli tudung keluaran jenama Fareeda. Sudah puluhan kali insiden ini berlaku ketika majlis pelancaran tudung keluaran baharu Fareeda.

2. Tudung keluaran baharu Fareeda adalah edisi terhad dan ramai sanggup beratur untuk mendapatkannya. Selepas itu, tudung Fareeda akan dijual semula pada harga lebih tinggi atau harga yang tidak masuk akal.

3. Hanya peminat tudung Fareeda sahaja akan membeli jenama tudung tersebut. Menurut peminat tudung Fareeda, tudung tersebut begitu unik dan hanya peminat sahaja tahu kelebihan dan keunikan tudung itu. Bagi bukan peminat tudung Fareeda, ianya saling tidak tumpah seperti tudung yang dijual di Jalan Tar dan Masjid Jamek.

4. Ada juga lelaki yang sanggup beratur kerana mahu mendapatkan tudung khusus mengikut kemahuan isteri atau kekasih mereka.

5. Isu merebut beli tudung mula viral dilaman sosial selepas tindakan Wardina menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemilik tudung Fareeda.
Penjelasan Tidak Puas Hati Wardina Terhadap Pemilik Tudung Fareeda




Gambar Inilah Tudung Sweet Love Fareeda Pujaan Ramai
P/S : Bila pikir hairan jugak kenapa lah nakkan sangat tudung nie, ikut trend semasa kowt..

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon