Monday, 11 April 2016

Punca Sebenar Ceramah Dr. Zakir Naik Dibatalkan Di UTeM

Tags

BERIKUTAN dengan pengumuman isu pembatalan penceramah agama Islam terkemuka antarabangsa iaitu Dr. Zakir Naik di UTeM yang sepatutnya berlangsung pada 17 April 2016 ini, mengecewakan umat islam yang berada di tanah air terutama rakyat Melaka. Bukan senang untuk jemput Dr Zakir naik ke Malaysia dan tiba-tiba ceramah tersebut dibatalkan atas faktor sensitiviti isu agama.

Bagi yang tidak mengenali Dr Zakir, beliau adalah tokoh perbandingan agama yang terkenal. Dengan daya ingatan yang kuat, beliau mampu membezakan agama lain berlandaskan rasional dan fakta. Dek kerana ceramahnya yang berkaliber, telah ramai umat bukan islam telah memeluk agama islam.

Bagaimanapun, debat atau perbahasan berjudul “Persamaan antara agama Hindu dan Islam” yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik dianggap telah menyentuh sensitivi agama hindu yang dianuti oleh kaun India di Malaysia. Rata-rata kaum India yang menganuti agama Hindu telah membuat laporan polis berhubung ceramah berkenaan.

Punca Sebenar Ceramah Dr. Zakir Naik Dibatalkan Di UTeM

1. Ceramah berjudul ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam) adalah forum debat mengenai perbezaan agama Hindu dan Islam. Bagi penganut Hindu, debat perbezaan agama Hindu dan Islam oleh Dr Zakir Naik dianggap merupakan taktik untuk menghina agama Hindu.

2. Polis Diraja Malaysia terpaksa menghentikan ceramah atau debat Dr Zakir Naik berjudul “Persamaan antara Hindu dan Islam” kerana ianya menyentuh sensitivi agama lain di Malaysia seperti agama hindu yang dianuti oleh kaum india di Malaysia.

3. PDRM telah memutuskan untuk tidak membenarkan Forum ini diteruskan demi Ketenteraman Awam dan sensitiviti Agama di Malaysia. Ternyata debat perbandingan antara agama Hindu dan Islam tidak diterima baik oleh kaum india di Malaysia.

4. Selain itu, Khalid Abu Bakar selaku ketua polis negara sudah sedia maklum menerima pelbagai laporan polis daripada penganut agama Hindu di Malaysia berhubung ceramah tersebut. Atas faktor keselamatan, forum tersebut terpaksa dibatalkan.

5. Bagi agama Hindu di Malaysia pula, dakwah tersebut dikhuatiri mengugat penganut agama Hindu yang lain untuk menganuti agama Islam.

6. Pemuda Malaysian Indian Congress (MIC) pula menganggap ceramah tersebut perlu dibatalkan kerana Dr Zakir Naik merendah-rendahkan agama lain yang mungkin mencetus rasa kurang senang tanpa mengambil kira sensitiviti pihak lain.

7. Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mendesak Putrajaya untuk mengharamkan penceramah itu daripada memasuki Malaysia bagi memulakan siri ceramah di Terengganu, dengan menggelarkannya sebagai virus kepada masyarakat berbilang kaum.

8. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menggangap Dr Zakir Naik sebagai “Syaitan” yang memecah belahkan agama di Malaysia.
Kenyataan Prof Dr Ramasamy Dikritik Pengguna Dilaman Sosial
Kenyataan Rasmi Universiti Teknikal Malaysia Melaka Isu Dr Zakir Naik
1. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merujuk kepada program Syarahan Umum “Similarities Between Hinduism and Islam” oleh Dr. Zakir Naik yang akan diadakan di Dewan Besar UTeM Kampus Induk Durian Tunggal pada 17 April 2016 nanti.

2. Sebagai pusat kecemerlangan ilmu, UTeM berpandangan ia merupakan program ilmu yang baik. Penglibatan UTeM adalah sebagai tuan rumah sahaja, bukan sebagai penganjur.

3. Berikutan perkembangan terkini tentang bantahan dan laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak terhadap penganjuran program ini, UTeM telah mendapat pandangan dan arahan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). YDH Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa program tersebut telah dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan dan menghormati keharmonian masyarat pelbagai kaum di negara ini.

4. Sehubungan dengan itu, setelah mengambil kira faktor keselamatan dan saranan oleh YDH Ketua Polis Negara, UTeM ingin memaklumkan bahawa UTeM tidak akan menjadi tuan rumah kepada program tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.

Komen Orang Ramai Isu Pembatalan Ceramah Dr Zakir Naik
Kenyataan Sham Kamikaze Isu Ceramah Dr Zakir Naik Dibatalkan

Di India, majoriti penduduknya ialah penganut Hindu. Dr Zakir Naik diberi peluang dan berhujah dengan fakta dan ilmu. Di seluruh dunia, beliau berhujah dengan paderi Kristian, sami Buddha bahkan atheist untuk memberi dakwah perbandingan agama dan tauhid Islam.

Di Malaysia, beliau dihalang kerana nak menjaga sensitiviti agama? Kalau rasa tak puas hati, boleh datang dan berhujah dengan beliau (sebagaimana yang selalu dilakukan oleh beliau) bukan menyekat beliau di negara yang agama rasminya ialah Islam!

P/S: Negara yang bukan Islam pun tak pernah halang beliau, tiba2 kita kata nak jaga sensitiviti?

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon