Monday, 25 April 2016

Proses Mengeluarkan Susuk Pada Wajah Yang Amat Menyakitkan

Tags

KERANA ingin menampakkan cantik dan mengekalkan kecantikan ramai wanita bertindak untuk memakai susuk agar nampak jelita, mempersona dan hebat di mata manusia bukan sesuatu yang asing lagi buat masa ini.

Bagaimanapun amalan ini sebenarnya bercanggah dengan agama Islam malah terdapat kepercayaan mayat seseorang yang memakai susuk sehingga nafasnya ditarik oleh malaikat maut akan menghadapi masalah apabila dikuburkan.

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tak dapat dijelaskan tetapi memakai susuk atau meminta bantuan selain daripadaNya pasti mendapat kemurkaan Allah.
Menerusi satu video yang tersebar di media sosial, seorang warga emas dilihat menjalani upacara membuang susuk yang dipakai di wajahnya.

Memang seksa melihat cara susuk dikeluarkan namun warga emas terbabit dan keluarganya pasti bersyukur kerana ia sempat dibuang sebelum meninggal dunia..

Selepas melihat video di atas diharapkan mereka yang mempercayai amalan khurafat segera kembali ke pangkal jalan terutama mereka yang sudah terlanjur memakai susuk di wajah atau anggota badan lain.

Seseksa-seksa proses keluarkan susuk, seksa lagi balasan yang menanti jika mati tak sempat bertaubat… P/S: Fikir dahulu ye kalau nak pakai wahai gadis-gadis diluar sana.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon