Saturday, 9 April 2016

Nora Danish Dan Nedim Nazri Bakal Kahwin Tahun Ini

Tags

TERBARU memang ada desas-desus menyatakan bahawa pelakon jelita, Nora Danish bakal mendirikan rumahtangga bersama teman lelakinya iaitu Nedim Nazri tidak lama lagi.

Mengulas perkara itu kepada mStar Online, Nora, 35, mengakui tidak menolak kemungkinan akan berkahwin tahun ini.<

Bagaimanapun, ibu tunggal anak satu ini memberitahu, dia pada masa yang sama tidak mahu terburu-buru berkenaan hal ini kerana ingin memastikan dirinya benar-benar sedia memikul tanggungjawab menjadi isteri.
Sementara itu, pelakon putih gebu ini memberitahu, dia tidak merancang untuk mengadakan majlis besar-besaran dan hanya mahu perkahwinan yang ringkas.

Difahamkan, Nora juga telah beberapa kali bertemu dengan keluarga Nedim termasuk Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang merupakan bapa kepada Nedim.

Dalam perkembangan lain, Nora dilantik menjadi duta produk dan ikon selfie model telefon pintar Oppo F1 Plus selama setahun.
P/S : Semoga ia menjadi kenyataan.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon