Saturday, 2 April 2016

Mas Kahwin Perkahwinan Ini Hanya Segelar Air Kosong

Tags

SEBELUM ini kecoh berceritakan tentang pasangan yang gagal dinikahkan disebabkan kerana wang hantaran. Lain pula kisah yang berlaku di wilayah Indonesia ini apabila hanya segelas air kosong dijadikan satu hantaran yang berharga dan menjadi viral di laman sosial.

Gambar yang dipaparkan dalam akaun Facebook bernama Purwanto menunjukkan sepasang pengantin duduk di dalam sebuah masjid.

Sekali lihat, ia acara seperti pernikahan biasa. Pasangan itu duduk di masjid dengan pengantin perempuan minum segelas air.

Bagaimanapun, menurut Purwanto, ia bukan air biasa. Sebaliknya segelas air putih itu ialah hantaran yang diberikan pengantin lelaki kepada isterinya.

“Pernikahan Hari & Rohani dengan mahar segelas air minum. Langsung diminum maharnya. Semoga menjadi keluarga yang bahagia,” tulis Purwanto.

Hari dan Rohani ialah nama pasangan pengantin berkenaan.

Dalam komen dibawah, pemilik akaun Facebook itu berkata, pengantin lelaki itu ialah pegawai agama di Pejabat Urusan Agama Singkohol.

“Ia. Yang menikah ialah pegawai agama. Pernikahan dilangsungkan di Masjid Al Falah Kampung Pea Jambu, Khamis 24 Mac 2016,” tulis Purwanto.

Ramai pengguna Facebook terharu dengan laporan itu kerana tidak percaya ada pernikahan boleh dilangsungkan dengan hantaran segelas air putih sahaja.

P/S : Alhamdulillah...Syukur melihat masih ada ibubapa yang boleh bertolak ansur seperti ini.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon