Thursday, 7 April 2016

Jawapan Balas Fareeda Tentang Teguran Da'i Wan Dazrin

Tags

UCAPlah syukur kepada ALLAH S.W.T kerana masih ada yang sayangkan anda dengan menasihati dan memberi teguran untuk kebaikan bersama. Disini satu jawapan balas berkisarkan tentang isu kecoh tudung Fareeda yang telah viral di laman sosial sewaktu mengadakan promosi besar-besaran.

Jika sebelum ini viral teguran selebriti Wardina tentang isu berebut membeli tudung, kini viral pula teguran dari Wan Dazrin Wan Din, menjadi viral sehinggakan dikongsi lebih 46,000 kali.

Teguran ikhlas dari salah seorang bekas peserta program dakwah Dai’ Milenia itu turut mendapat lebih daripada 90,000 likes dan juga lebih 5,800 komen lapor Mynewshub.

Selepas viral teguran yang dibuat Wan Dazrin, dia turut menghubungi Fizo Omar dan isteri, Mawar yang ketika itu berada di Shanghai, China bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai video yang diviralkan itu.

Ternyata niat dan hasrat murni pemuda ini diterima baik oleh pengasas jenama butik Fareeda itu.

“Sapaan mulanya begitu baik, nada suara yang positif, lantas dia terus sahaja ucapkan ‘Terima Kasih’ kepada saya atas teguran yang dibuat, dia hargainya.

“Mereka pilih untuk mengambil pelajaran dari kesilapan meng-upload-kan video kontroversi tersebut.
“Kami bertukar pandangan lama antara satu sama lain. Saling berkongsi cerita, dia juga menjelaskan secara terperinci apa yang berlaku sewaktu hari kejadian. Saya amati.

“Saya susuli dengan doa kemudahan untuk dia dan akak Mawar sekali,” jelas pendakwah muda ini lagi menerusi salah satu posting di laman Facebooknya.

P/S : Alhamdulillah, semoga pihak Fareeda memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon