Saturday, 30 April 2016

Harga Terbaru Minyak RON 95 RON 97 Dan Diesel Bagi Mei 2016

Tags

Berikut adalah harga terbaru bagi minyak RON 95 RON 97 Dan Diesel bagi bulan Mei 2016 berkuatkuasa 1 Mei 2016. Adakah Harga minyak Mei 2016 naik atau turun? Bulan April 2016 akan berakhir pada hari Sabtu ini dan pada malam 30 April 2016, harga minyak terkini Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan Mei 2016 akan diumumkan.

Ianya adalah hasil daripada pengumuman kerajaan pada 21 November 2014 yang lalu yang antara lain memaklumkan mengenai pelaksanaan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014.

Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia serta nilai tukaran wang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.
Kredit : Mysumber

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon