Tuesday, 1 March 2016

Video Gurauan Kasar Kepada Anak Kecil Jadi Viral

Tags

AMAT melucukan, video yang sangat mencuit hati penulis. Niatnya seorang anak kecil untuk bermain bersama ayahnya memakan diri apabila dia terjatuh akibat dibaling bantal oleh ayahnya sendiri.

Bapa anak kecil itu yang bernama Gabriel Russ memuatnaik video saat-saat lucu bersama anaknya itu di YouTube untuk tatapan orang ramai.

Dalam video tersebut, kelihatan anak perempuan Gabriel ingin bermanja bersama dengan ayahnya. Lalu Gabriel mendapatkan bantal dan memukul ayahnya menggunakan bantal itu.

Anak perempuannya kemudian melarikan diri dan Gabriel membaling bantal tersebut ke arah anaknya. Bantak tersebut hinggap di kepala anaknya sehingga membuatkan anak kecil itu terbang serta jatuh terlentang.

Kemudian Gabriel bergegas mendapatkan anaknya untuk melihat keadaan si kecil itu. Rata-rata yang menonton video berkenaan mendakwa terhibur dengan gelagat dua beranak ini. Tidak kurang juga ada yang mengecam tindakan Gabriel kerana ianya boleh membawa padah kepada anaknya.

Video bertajuk “Toddler Sniper” ini mendapat tontonan mencecah 1 juta walaupun ianya baru dimuatnaik dalam tempoh kurang dari 48 jam. Tonton videonya di sini. P/S : Komen anda?

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon