Friday, 25 March 2016

Tips Paling Mudah Sejukkan Badan Anda Ketika Cuaca Panas

Tags

DENGAN cuaca yang tidak menentu pada ketika ini yang berlaku di Malaysia. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan rutin pemakanan dan penjagaan kesihatan secara konsisten dengan meminum air kosong termasuk minuman berisotonik bagi menggantuk garam mineral yang hilang semasa berpeluh.

Pengambilan minuman tersebut perlu tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan serta untuk memastikan tubuh tidak mengalami dehidrasi.

Perkara ini tidak harus dipandang ringan terutama bagi kawasan yang mengalami peningkatan suhu melampau sehingga mencecah 39 darjah celcius.

Beberapa tips yang dikongsi ini boleh membantu meredakan bahang kepanasan, selain dapat membantu kita kekal sihat dan aktif dalam cuaca panas.

1. Perkara paling asas dalam menghadapi cuaca panas adalah memastikan air yang mencukupi di dalam badan. Minum air putih sebanyak mungkin untuk mengelakkan dehidrasi. Elakkan minuman berkafein dan manis kerana ia mempercepatkan dehidrasi.

2. Pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang sejuk dan membantu meresap haba dan peluh. Elakkan memakai pakaian berlapis.

3. Untuk wanita, kurangkan solekan kerana ada sesetengah bahan dalam produk kosmetik kemungkinan menyekat aliran peluh, sekali gus membuatkan rasa panas di bahagian muka.

4. Hadkan aktiviti luar dan aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.

5. Pastikan pemakaian krim SPF yang bersesuaian dengan kulit jika perlu terlibat dengan aktiviti luar.

6. Sebaiknya mandi dengan air yang suam dan tidak terlalu sejuk. Ini kerana mandi air sejuk akan membuatkan badan anda menjana haba untuk menggantikan haba yang baru hilang.

7. Boleh juga cuba meletakkan atau melalukan air sejuk pada pergelangan tangan selama beberapa saat. Ini kerana satu saluran darah utama berada di sini, dan boleh memberikan rasa sejuk dengan pantas.

8. Makan kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Makan dalam kuantiti yang banyak, terutama yang tinggi kadar karbohidrat akan menaikkan kadar metabolisme dan ini akan membuatkan badan terasa panas.

Ancaman penyakit termasuk strok akibat bahang terlalu panas bukan sahaja mudah menyerang kanak-kanak, tetapi juga golongan dewasa dan warga emas jika tidak mengamalkan pemakanan sihat serta menitikberatkan soal kesihatan.

P/S : Mari kita amalkan

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon