Wednesday, 23 March 2016

Tips Paling Mudah Kurangkan Suhu Panas Di Rumah Anda

Tags

DENGAN cuaca yang begitu panas di Malaysia ini, suhu yang amat tinggi hingga ramai diantara kita tidak tahan dan tidak selesa semasa berada di rumah walaupun waktu malam. Malaysiaviralstory ingin berkongsi sedikit cara-cara untuk mengurangkan kepanasan di dalam rumah anda dan terus terang ia memerlukan sedikit kos tetapi amat berkesan jika menggunakannya.

Alat untuk mengurang haba di panggil ventilator. Terdapat dua jenis ventilator yang berada di pasaran sekarang ini iaitu turbine ventilator dan solar ventilator. Ramai yang perasan benda ni di pasang di kilang2 dan di kedai padahal ia boleh di pasang di rumah juga.

Turbine ventilator
Solar ventilator
Kedua-dua jenis ventilator ini memiliki fungsi yang sama iaitu mengalirkan haba keluar luar di bawah bumbung.
Salah satu kelebihan ventilator ini adalah dapat menjimatkan penggunaan bil aircond kerana jika haba di dalam rumah dapat dikurangkan maka proses penyejukkan aircond adalah lebih cepat dan efisyen. Berapa harga dia? Anda boleh la tanya en.google untuk dapatkan info lain. Tapi apa saya tau waranti dia sehingga 10 tahun so apa salahnya buat pelaburan sedikit untuk keselesaan keluarga.

P/S : Selamat mencuba ^_^.

Show comments
Hide comments


EmoticonEmoticon